Orang
berkata jika kita cintakan seseorang di dalam hidup kita dengan hati yang
ikhlas, kita kan sanggup membahagiakan dia walau kita tidak hidup bersamanya..
"Kadangkala
kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu
kehilangannya.. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa
berkata lagi".
Dengan kata janji sebuah ikatan cinta, kita kan
selalu membiarkan luka luka di dalam dakap dada demi melihat kebahagiaan
seseorang yang kita cintai itu akan hidup dengan sempurna dan berbahagia..
Menyintai seseorang tidak seharusnya kita milikinya walau kita tidak bertepuk
sebelah tangan.. Walau cinta kita berbalas, namun mungkin kerana beberapa hal,
tiada jodoh antara kita dan dia.. Pasti kita akan cuba lepaskan si dia
berbahagia..
Dan hal paling menyedihkan di dalam dunia percintaan, bila dua hati bersama sama, kenal erti cinta.. Mengharungi suka duka alam percintaan, namun di sebabkan tiada jodoh walau sekuat mana, sedalam mana ikatan cinta itu ada, pasti tiada jodoh.. Dan amat terasa kesedihan kerana tiada siapa mengerti akan peritnya cinta yang tidak mampu bersatu..
Dan bila adanya satu jodoh itu.. Di mana jodoh itu terjadi bukan kerana ada sifat cinta..Dan jua bukan kerana kasih sayang sesama dua hati.. Tapi kerana ketentuan dari takdirNya.. Dan jodoh itu telah pun ada.. Tapi apa yang merunsingkan.. Masih ada cinta antara dua hati tersebut?

Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah indah..
Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah sesuatu yang bertuah..
Ingin aku bertanya di sini..
Berapa
ramai di sini sudah berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya?
Berapa ramai pasangan di sini yang bercinta selepas kahwin?
ya. Tidak dinafikan memang ada seperti itu. Tapi berapa ramai? Dan sungguh
beruntung orang yang berapa dalam golongan tersebut J
Bercinta itu juga tidak seharusnya berakhir dengan sebuah perkahwinan.. Sedangkan
pencarian sebuah percintaan adalah perkahwinan.. Mengapa kita titik beratkan
perkahwinan? Sedangkan berkahwin itu bukanlah pencariaan sebuah perhubungan..
Bukan tamatnya sebuah percintaan..
Kerana setiap perkahwinan adalah permulaan kisah hidup baru mencari kesempurnaan di antara dua hati yang halal mencari keredhaan Allah SWT menuju ke alam seterusnya.. Dan bukan bererti sudah tamat dan berakhirnya sebuah kehidupan..
Berapa banyak pasangan yang bercinta, dan berkahwin dan hancur musnah di tengah jalan.. Ada kalanya baru sahaja mendirikan rumahtangga namun musnah.. Ada yang sudah bertahun lamanya, musnah jua.. Bukankah mereka mereka jua bercinta sebelum berkahwin.. Dan berjanji sumpah setia.. Adakah cinta sudah pudar? Seiring dengan usia?
Menikahi seseorang yang kita ada perasaan cinta ada risiko yang amat besar di dalam kehidupan kita.. Kerana kita seolah mencuba dan mahu menilai sejauh mana kebenaran bercinta selepas kahwin itu indah.. Ya, amat besar risiko dan peranan yang ada memainkan watak yang amat penting sekali..

Aku mungkin tidak menikahi dengan seseorang yang
aku cintai, namun berikanlah aku kekuatan untukku menyintai si dia yang telah
menjadi halal bagiku
Sebuah perkahwinan bukanlah seperti kisah membeli baju di pasar malam.. Sebuah perkahwinan tidak boleh disamakan dengan kehidupan bujang dengan kekasih hati.. Perkahwinan ada sebuah ikatan janji antara dua jiwa, di mana akan bersama sama mengharungi suka dan duka di dalam mencari keredhaanNya..
Sebuah perkahwinan bukanlah dengan hanya mencuba dan putus dan mencuba lagi seperti hubungan bercinta dengan kekasih.. Perkahwinan itu benar, pasangan kamu jua benar, bila terjadi perkahwinan, tanggungjawap kamu akan bertambah..
Perkahwinan bukan sesuatu yang
boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan
bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang
berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada
ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..
Bagi aku ... apa yang telah Allah swt tentukan itulah yang terbaik. Kerana Allah lebih tahu apa yang baik dan terbaik untuk setiap hambanya. Cinta sebelum nikah itu indah tetapi lagi indah jika kita bercinta selepas nikah kerana ketika itu kita telah pon berada di bawah payung keredhaan-Nya . Insha Allah .. Aamiin :)
siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)