Assalamualaikum sahabat-sahabat . .
Trime kasih skali lagi buat yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni.
entry kali ni sekadar meluahkan apa yang dirasakan oleh kebanyakan daripada kita. . iaitu SOAL HATI . .
Siapa yang tahu isi hati seseorang ? Siapa yang dapat
menyelami seberapa dalamnya hati seseorang ?
Bila kita lihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia ? Bila seseorang menangis adakah itu bererti
dia sedang bersedih? Adakah keadaan adalah seperti apa yang kita lihat?
HATI . . tidak ada seorang pon yang dapat meneka sedalam mana
hati kita sendiri. Kadangkala kita sendiri tidak memahami apa yang ada di dalam
hati kita. Apa yang kita lihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang
ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit, tetapi kadang-kadang orang
lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya yang kita rasakan saat itu. Apabila kita
bahagia tidak perlulah memperlihatkan seberapa bahagianya kita secara
berlebihan kepada orang lain. Ketika kita
bersedih tidak perlu juga mereka tahu seberapa sakit yang menimpa kita sehingga
kita berasa sedih.
"CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG KAMI DAN ALLAH SEBAIK-BAIK
PELINDUNG"
Apabila pada suatu saat hati kita begitu bahagia,
seolah-seolah ingin tersenyum sepanjang saat. Ya, di situlah ada hati yang
sangat berbunga-bunga kerana mendapat apa yang sangat diingini selama ini.
Tetapi kadang2 pada suatu saat kita ingin menangis kerana
kesedihan yang ada di dalam hati, namun tidak ada siapa pun yang tahu tentang
itu. Hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. Hanya Allah tempat kita kembalikan
semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & hati yang lara. Hanya
dengan mengingati Allah kita berusaha menenangkan hati ini. Dan pada saat itu
jugalah tidak ada seorang pon yang memahami perasaan yang ada di dalam hati
kita.
Subhanallah walhamdulillah walaa ilahhaillallah
walluhuakbar walaahaulawalaquwwataillabillah ... rangkaian kalimat ini yang membasahi
bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali , menemani butiran
air mata yang menitis dari kelopak mata.
Sabda Rasulullah s.a.w : “ Perbanyakkanlah membaca Laa Haula
Walaa Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah pengubat kepada
99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat
Al-Uqaili melalui jabir r.a)
Hasbunallahu wa ni’mal
wakiil ni’mal maula mani’man nashir
Ya Rabb ..
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada
Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb . . Kuatkanlah aku
menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk
menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya
hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu
. Amin Allahumma Amin. . .
siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)
No comments:
Post a Comment