Namun, saya juga tidak bole menafikan bahawa awak juga banyak membantu saya. Membantu saya untuk cemerlang dalam pelajaran saya .. awak juga da banyak bagi nasihat2 yang berguna untuk saya di saat saya menghadapi kesulitan.. Thanks for everything awak :)
Awak .. saya tahu saya tak sebaik orang lain di luar sana untuk awak ...
Mungkin saya juga tidak memahami awak sepenuhnya lagi walaupon perkenalan kita sudah mengambil masa lama ...
Mungkin juga ada atau tiadanya saya di sisi awak tidak memberi apa2 kesan pon...
So, saya tak nak menjadi perempuan yang terhegeh2 kan lelaki. Saya bukan yang macam tu . Orang memberi saya menerima. Tapi, kalau orang tak bagi takkan saya nak ambik. Bukan ke tu di katakan hidung tak mancung pipi tersorong2. Lagi pon antara kita tidak HALAL lagi. Masih ada jarak antara kita. Mungkin salah kalau saya kata saya milik awak sedangkan sekarang saya hanya milik ALLAH dan kedua ibu bapa saya. Saya tidak sepatutnye menghalang awak mencari atau memilih wanita lain untuk awak jadikan peneman hidup awak yang halal. Sedangkan awak berhak. So, kalau awak baca bingkisan saya ni , saya dengan seikhlas hati ni memberi awak peluang untuk awak mencari yang terbaik untuk awak meskipon orang itu bukan saya. Ya ... saya akui .. mungkin sebelom ni saya lalai dalam perhubungan. Mungkin terleka dengan apa yang kita ada .. Tapi setelah mengenali awak , saya tahu dan saya faham bahawa cinta itu tak semestinya memiliki . Sayang saya mungkin untuk awak . Tapi CINTA saya hanyalah untuk bakal suami saya, yang bakal menjadi IMAM saya dan juga CINTA saya selepas ALLAH dan RASUL... Saya akan tunggu CINTA itu yang mungkin akan datang 4 atau 5 tahun lagi .. atau mungkin 1 atau 2 tahun lagi. Di mana ALLAH telah menetapkan jodoh saya telah sampai... Tapi jika benar awaklah bakal imamnya, saya selalu berdoa supaya Allah dekatkan hati kita.. Tapi, jika sebaliknya, saya berdoa supaya Allah memberi kita pasangan yang baik untuk kita.
" Janganlah kamu ANGKUH mengatakan HATI INI MILIK SI DIA, sedangkan HATI INI MILIK YANG MAHA ESA" . . .
*** Ramai pasangan yang berpisah kerana tidak cinta . . . Namun lebih ramai yang berpisah kerana terlalu cinta . . . Apabila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu kehilangan daya untuk bercinta sesamanya . . . Ia akan layu, kesepian dan keseorangan... Pertemuan adalah perpisahan . . . Tapi bila cinta hakiki, berpisah pon masih bertemu ...
p/s : Jujur . . . saya rindu awak yang dulu
siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)