Saturday 30 June 2012

Buat dia bakal imamku yang aku SAYANG kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim . . .
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian :)


da lama sgt asenye tak update blog ni ... xtau nak update ape . ni pon sebab kawan yg mintak utk update blog . huhu . ermmm .. nak cte ape ye . . . 


oke . update kali ini untuk Si Dia yang sangat istimewa di hati ni (jiwang la pulop) . HEHE .


Sayang dia hanya kerana Allah . InsyaAllah . aamiin :)


Duhai bakal imamku . . .
Jangan biarkan hadirmu sekejap mata . . 
Dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara . . .

Duhai bakal imamku . . .
Bimbinglah daku dalam mencari redha ilahi . . .
Janganlah dikau membimbing aku ke arah kemaksiatan . . .
Bimbinglah aku menjadi muslimah yang solehah . . .
Bukan menjadi wanita yang dimurkai oleh Allah s.w.t . . . 

Duhai bakal imamku. . .
Cintailah aku seadanya aku . . .
Terimalah segala kelemahan, kekurangan dan kelebihan ku dengan seikhlas hatimu . . .
Bimbinglah aku agar menjadi zaujah yang kau idam-idamkan . . .
Janganlah kau mengkritik segala kelemahan dan kekuranganku  . . .
Dan jangan pulalah kau mengagung-agungkan kelebihanku ..
Kerana takut kau tidak boleh menerima kelemahan dan kekuranganku . . .


Duhai bakal imamku . . .
Terimalah aku hanya kerana Allah  . . .
Kerana cintanya kau pada Ilahi . . .
Janganlah kau menerimaku hanya kerana nafsu semata-mata . . .
Kerana ianya hanyalah sementara . . .


Duhai bakal imamku  . . .
Bawalah aku ke rumah Allah . . .
Janganlah kau membawa diriku ini ke rumah yang penuh dengan kemaksiatan . . .


Duhai bakal imamku . . .
Selama tempoh perkenalan kita sebagai ajnabi ,
peliharalah hubungan ini dengan suasana yang penuh dengan keterbatasan . . .
Agar hidup dan pernikahan kita kelak sentiasa dalam rahmatnya . . .
INSYAALLAH .. AAMIIN :)

Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohkumaka jauhkanlahku daripadanya. ... Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah jika kami kekadang leka untuk mengingatiMu  ya Allah . . .




siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

mY nOtE . .


pEsanAn kU ^^ ♥

byE byE ... (=^___^=)