Tuesday 31 May 2011

pEngaLamAN teMUduGa ^^'

Assalammualaikum...
haaaiiiiiii :)

ari ni aku nk cite sal pengalaman temuduga aku... nak wat cne, ni la kali pertama aku pegi tmuduga... hehe.... 30 / 5 / 2011 merupakan hari bertuah aku utk menghadiri temuduga.. time tu hanya Tuhan sje yg thu ape prasaan aku... b'campur baur.. walaupun luaran nmpk cool je... hehehe ;)

okay... pada 30/5/2011 pada pkul 6.30 pg aku dah bersiap2 utk ke UMK iaitu tempat aku kne pegi utk temuduga.. pkul 7.30 smua da siap, sijil2 dah ambk, aku pon bertolak ke UMK... pastu xsangka la plak akan t'skat ngan traffic jam.. ati ni dah mula berdebar + takot .. bkn ape, tkot nnt smpai lewat kat sne, menggelabah la aku dibuatnye.. tp, Alhamdulillah aku smpai awal iaitu lam pkul 8.15 pagi...:)

aku pon b'jlan msuk ke dlm u tu untk cari dewan kuliah di mana tmpat aku akan ditemuduga oleh panel2 yg b'pengalaman.... huhuhu.. 10-15 mnit nk kul 9 pagi aku pon msuk la ke lam dewan tu.. sejok lorhh + nervous lg... adoiii.. da lah blom ape2 lg aku dah t'salah tnde kat borang maklumat aku utk aku bw msuk n bg kat panel tmuduga tu... mula lah aku menggelabah tp, muka tetap cool cam xde ape2.. pastu akak yg bg borg tu tgok borang aku n tgok aku ade t'slh tnde, apalagi aku di omelin lorh sama dia... huk3.. malang tol nasib...

then, jam 9 pg.. tingggg.. bunyi loceng.. itu tndenye calon 1 kne msuk ke lam bilik utk ditmuduga... pastu ttbe kitorg yg kat luar ni dgr panel tu tggikan suara kat calon yg pertama msuk td.. antara perkataan yg aku dgr la drp si panel tu " mcm mane nk jd ckg lau xnk b'ckp..n bla bla bla " .. xclear sgt... aku apelgi mkin nervous la sbb aku calon ke2 yg akan msuk lpas tu... adooooiiii.. mcm2 bnde b'main lam kpale ni.. tp, cam biase tetap wat muka cool .. huhuhu ^_^'

nk dipendekkan cite.. lam 3-5mnit lpas tu.. tinnggggggg.. bunyi loceng yg ke2.. itu tndenye giliran aku.. aku pon bjln msuk la dgn muka t'sengih2 cam kerang busuk.. hee.. then , lpas test ujian wrne pe smua, aku pon disoal dgn pelbagai soalan.. antara soalan yg ditnye :
  1. gagasan malaysia ????? - yg ni aku blurrrr
  2. nme sbenar upsi ???? - yg ni aku kompius...
  3. npe pilih pndidikan moral ???? - yg ni aku pling bez jwb..
  4. byk lg laa... + speaking in bi... huh - ni wat aku xsuka ni tp, ttp cuba..hehe.. 
lam 10-15 minit slesai sudah tmuduga... Alhamdulillah............ syukur...........
ni la pengalaman yg paling berharga... huhuhu ;)
oke la... stakat ni sje cite aku.. yg ntah ape2.. mengarut je byk.. hehe... ape2 pon thanks wat yg sudi m'bcenye.. ^^

p/s : salah satu tips utk tmuduga ialah jgn nervous.. dgn bgtu, korg psti bole buat... hehehe.. luv kat smua kwn2 yg sudi bce blog ni.. thanks.. LOL :)

Sunday 22 May 2011

SyukuR ALHAMDULILLAH !! ^^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)


Time to update my blog ! hehe ^^
emmm... nk cite ape ekk... da lame jgak tak update blog ni... da berhabuk agaknye.. hehe..


okay ! btw, aku nk ucapkan TAHNIAH ! kpd rakan2 yg berjaya ke temuduga untuk bidang pendidikan... dan yg paling gembiranya aku pon dpt... hee.. hepi sgt2.. ni lah salah satu bonus yg berharga utk aku... syukur Alhamdulillah kpd yg Diatas ...:)


hurmmm... tp, skarang aku terpikir sape la yg dpt skali dgn aku.. i mean tempat yg sama dan masa yg sama utk ke temuduga tu... bkn ape.. tak biase sorang2... tp, bila dipikir2 mase ni la mase tepat utk aku memberanikan diri ni kan.... okay ! i believe myself dat I CAN DO IT ! u go girl... hee.. opps ! over excited ke ??? hehehe.... i'm sorry ;)


dalam pada itu, aku pon masih tak percaya yg aku lulus ujian medsi tu.... ape2 pon ini lah berkat usaha aku selama ni dan juga berkat doa umi dan ayah aku serta kawan seperjuangan... ALHAMDULILLAH !! Tp, tak lupa jgak kpd En.Mohd Noor yg telah bgtau tips2 utk menjwb medsi... terima kasih byk2 encik.... hehe..


Gembira2 jgak... tp, aku jgak turut berdukacita kpd kwn2 ku yg tidak berjaya... ape2 pon korang jgn give up ekk.... mungkin Tuhan merancang yg lebih baik utk korang... Kita harusah percaya dgn HikmatNya.... so, teruskan perjuangan utk mendapat tempat di IPTA.. begitu jgak utk aku... kita sama2 lah berdoa... Amin~


so, itu saje lah utk kali ni... nnt ade cerita baru yg bez lg aku cite ek...  aku pon nk siapkan mental dan fizikal utk menghadapi temuduga ni... almaklumla 1st time la katekan.... entah ape yg nk ditnya kat kitorang ni oleh penemuduga... nervous siot !! Harap berjalan dengan lancar.... InsyaAllah... :)


Wallahu 'alam...


p/s : kalau sape2 yg ade tip2 utk menghadapi temuduga kongsi2 la k....
love u all damn much.. lol :)



Friday 6 May 2011

cOrEtan timE bOsan ^_^'

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat Sejahtera..


Hari Jumaat yang sangat indah ! hehe...
buat pengetahuan pembaca semua hari Jumaat adalah hari yg sgt istimewa sehingga ia dinobatkan sebagai penghulu segala hari dalam seminggu. Dan aku rasa b'tuah sbb aku jg dilahirkan pd hari jumaat ^^, hehe.... back to the topic, hee~ Kita wajar meraikan kehadiran hari Jumaat pada setiap minggu dengan melakukan amalan2 sunat seperti pesanan Rasulullah s.a.w... Antaranya ialah :-

1st - Mandi
Bagi kita penduduk di Malaysia, mandi merupakan perkara rutin yg kita lakukan pada setiap hari. Namun, utk pengetahuan korg, mandi boleh menjadi amalan soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Allah s.w.t. Contohnya , ialah mandi pada hari Jumaat dgn maksud memenuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dgn sabda baginda yg bermaksud :
"Apabila datangnya kepada kamu, maka mandilah"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2nd - Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.
Buat pengetahuan korg jgk, hari Jumaat jg merupakan hari raya bg minggu tersebut. Jadi, kita disunatkan menghiaskan diri dgn kadar yg dibenarkan oleh syarak dgn memakai pakaian yg baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah yg bermaksud :
"Sesiapa yg mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yg paling baik, memakai bauan yg ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah Tengkuk org lain, solat seperti mana yg telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semua itu akan menghapuskan semua dosa yg dilakukannya dlm tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim).

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat sesuai dgn sabda Rsulullah yg bermaksud :
"Pakailah pakaian yg kamu yg berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yg paling baik dan kafankanlah orang2 yg telah meninggal dunia dalam kalangan kamu dgnnya."

3rd - Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama.Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

4th - Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)

5th - Memperbanyakkan Doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita,di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita.Sehubungan itu,kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini.Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,
"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).

6th - Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Pada hari Jumaat,kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

Wallahu A'lam... ^^


p/s : sama2 lah kita m'amalkan perkara sunat ini t'utamanya pada hari Jumaat.. Mohon maaf lau coretan aku ini ada slah dan silapnya ^^, 
 Love u all damn much ...

Tuesday 3 May 2011

buAT sAHaBaT :')

Maaf mungkin
 selama ini aku bukan sahabat yang baik...

Maaf juga,
mungkin selama ini aku
membuatmu berasa sedih dan tersisih...

Maaf juga,
Mungkin ada bicaraku yang pedih...

Maaf sungguh,
mungkin selama ini aku tidak memahami...

Maaf,
aku hanya hamba biasa..
kerana kelemahanku itu,
sering aku panjatkan doaku padamu dikesempatan yang ada

Semoga Allah selalu menyayangimu..
kerana siapapun kamu,
kamu itu SAHABATKU !


Monday 2 May 2011

sEmuanyA inDAh jikA kERana ALLAH :)

Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
.
Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
.
Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
.
Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
.
Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
.
Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…


Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita.




Sunday 1 May 2011

untuk memotivasikan diri sendiri dan juga kepada semua ^^

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani 
~Khalifah Ali bin Abi Talib~


Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah
-- Ali imran : 159



Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. 
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. 
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. 
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. 
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan



Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)



p/s :  kata2 yang 'simple' tp, amat bermakna... hehe...semoga kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari ^^  InsyaAllah~
         

mY nOtE . .


pEsanAn kU ^^ ♥

byE byE ... (=^___^=)