Sunday 30 August 2015

Kerja Oh Kerja !

Assalamualaikum semua...
Haiiiii ^_^

Alhamdulillah 4 tahun sudah berlalu.. Now , aku dah abis belajar. Masih ingat lagi kan post aku yang lepas, bahawa aku dapat sambung belajar ke UPSI dalam bidang pendidikan :) .. dan skarang i'm finisd already !

Jadi sekarang tengah menganggur ... Kerja tak mohon lagi. Tengah fikir nak kerja apa. Sebab, sekarang aku tak boleh nak berharap akan dapat posting sebab senior2 aku pon belom dapat iv n posting lagi. Sedih :'(
Tapi takpelah. aku yakin rezeki Allah tu luas. Ada la nnti rezeki kerja kat mane2. Mana tahu ade jodoh, kawen tahun ni, ikot suami plak. Tak salah kan angan2 ?? hik2 ^_^'

Oke guys. sampai sini dulu. Wish me luck. Harap dapat keja nanti. Aku nak umi n ayah merasa titik peluh aku suatu ari nanti. In shaa Allah aamiin ! See u soon .. Love u ols ^_~ Bye ! Assalamualaikum w.b.t






siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Thursday 16 January 2014

Tolong .... Carilah Cinta Allah :')

Tiada kata yang ingin diucapkan .. Tiada ayat untuk diluahkan .. hanyalah bingkisan kecil dari hati yang ditaip menjadi satu luahan hati ... Kenapa sungguh mudah aku percayakan lelaki .. kenapa sungguh mudah aku jatuh cinta pada dia .. kenapa sungguh mudah aku serahkan sayang aku pada dia ... Jika dia jodoh aku , pasti Allah pertemukan aku dan dia bila tiba masanya nanti ... Biarlah aku bawa pergi  hati aku jauh-jauh terlebih dahulu . Sekarang mungkin dia tidak merasai kehilangan aku . Tapi aku yakin suatu hari nanti kehilangan inilah yang akan dicari-cari ... Dan pada ketika itu mungkin hati aku sudah tertutup untuk dia melainkan memang takdir Allah hati aku untuk dia ...

Cukuplah aku percaya dan mengharapkan cinta manusia. Ku kejar-kejar cinta manusia sehingga aku lupa cinta Allah yang hakiki .. Astaghfirullahal'azim .. Yakin la wahai hati .. jika kau kejar cinta Allah maka kau akan dapat cinta manusia .. Jangan kau kejar cinta manusia kau akan jauh meninggalkan cinta Allah ...

Jangan kau hanyutkan lagi hati kau dengan cinta yang penuh dengan dusta. Cinta yang tidak HALAL lagi untuk kau. Jika kau menjaga cinta Allah in shaa Allah kau akan temui cinta manusia yang HALAL dan indah untuk kau. Bersabarlah ... Sesungguhnya sabar itu indah walaupun awalnya pahit .Tenanglah wahai hati ... Tenang setenang air di kali ... 

Biarlah bingkisan ini menjadi luahan hati yang tidak dapat diluahkan oleh kata-kata .. Ku sangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari . Sungguh perangcangan Allah yang terbaik . Mungkin ini kehendakNYA .. Ya Allah .. aku REDHA .. Aku hanya perlukanMU untuk mengisi kekuatan di hati ini .. :')


siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Luahan Hati

Assalamualaikum w.b.t ..
Bismilillahirrahmanirrahim ...

Alhamdulillah .. masih diberi nafas olehNYA untuk terus berada di atas muka bumiNYA yang indah ini :)
Sudah sangat2 lama tidak menulis di dalam blog ni .. setiap yang tertulis adalah kata hati yang tak terluah oleh kata-kata ..

Allah .... cinta yang diberi olehNYA sungguh indah.. Tetapi dicintaiNYA olehNYA jauh lebih indah ..

Di sini inginku tulis kata hati yang tidak terluah oleh kata2 ... cinta ?? lagi2 pasal cinta .. sungguh aku akui cinta tu sangat indah .. Tapi adakah cinta jika ianya hanya indah pada awal perkenalan ? Adakah ianya cinta bila ada rasa bosan ? Bagi aku .. secara peribadinya cinta tu tidak kenal rasa bosan. Cinta itu adalah sesuatu yang boleh membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya ..

Allah ... mencintai dia adalah hal yang terindah untuk aku. Apalagi jika dia lah yang akan menjadi yan HALAL untukku . Tapi aku tahu .. aku tidak boleh terlalu berharap . Kerana cinta manusia tidak boleh kuduga .. dia lelaki .. lelaki yang mudah tetunduk dengan wanita .. sama ada dari kecantikan wanita, sifat wanita dan banyak lagi.. Aku akui sejak aku mengenal dia , aku lebih kenal apa itu cinta .. aku lebih tahu apa itu kehilangan .. dulu aku tidak tahu apa2 sehingga la dia mengisi cinta ke dalam hati aku .. Pernah dia bertanya adakah aku dapat lupakan dia walau aku tidak bersama dia suatu hari nanti ? Jujur TIDAK . Aku tidak boleh lupakan dia .. Kenangan manis bersamanya lebih banyak berbanding kenangan pahit . Tetapi aku boleh berjanji bahawa aku akan mencintai siapa yang aku nikahi ..

Pada suatu saat hubungan aku dan dia diuji dengan hadirnya orang ketiga .. Allah .. DIA je tahu dan faham perasaan aku. Kepercayaan yang dibina selama ni terhadap dia hancur. Tapi aku cuba kuat .. aku cuba bina kepercayaan itu lagi kerana SAYANG lebih banyak mengatasi dari perasaan MARAH dan KECEWA . Allah .. hebatnya cinta .. Tetapi aku sudah tidak boleh mempercayainya sepertimana aku mempercayainya dahulu kala .. cukup lah sekali aku bagi kepercayaan itu . Tak mungkin kaca yang pecah dapat dicantum seperti sedia kala .. rupanya sudah tidak cantik lagi .. itu lah KEPERCAYAAN :)

Sekarang ..... sekarang 1 je yang aku harapkan .. dia kembali sepertimana aku kenal dia dahulu .. dia tahu siapa dia dahulu dan skarang . aku harap sgt2 dia berubah mcm dulu .. tapi sume ni Allah yang tentukan .. aku kena REDHA .. aku merancang , Allah pon merancang dan sebaik-baik perancangan adalah rancanganNYA :) doakan jela yang terbaik untuk aku dan dia dunia dan akhirat ... Semoga hubungan pertunangan ini dapat diikat menjadi hubungan yang HALAL untuk kami .. in shaa Allah .. aamiin :)


siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Monday 31 December 2012

Cinta Selepas Nikah :) ♥






Orang berkata jika kita cintakan seseorang di dalam hidup kita dengan hati yang ikhlas, kita kan sanggup membahagiakan dia walau kita tidak hidup bersamanya..


"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi".

Dengan kata janji sebuah ikatan cinta, kita kan selalu membiarkan luka luka di dalam dakap dada demi melihat kebahagiaan seseorang yang kita cintai itu akan hidup dengan sempurna dan berbahagia.. Menyintai seseorang tidak seharusnya kita milikinya walau kita tidak bertepuk sebelah tangan.. Walau cinta kita berbalas, namun mungkin kerana beberapa hal, tiada jodoh antara kita dan dia.. Pasti kita akan cuba lepaskan si dia berbahagia..

Dan hal paling menyedihkan di dalam dunia percintaan, bila dua hati bersama sama, kenal erti cinta.. Mengharungi suka duka alam percintaan, namun di sebabkan tiada jodoh walau sekuat mana, sedalam mana ikatan cinta itu ada, pasti tiada jodoh.. Dan amat terasa kesedihan kerana tiada siapa mengerti akan peritnya cinta yang tidak mampu bersatu..

Dan bila adanya satu jodoh itu.. Di mana jodoh itu terjadi bukan kerana ada sifat cinta..Dan jua bukan kerana kasih sayang sesama dua hati.. Tapi kerana ketentuan dari takdirNya.. Dan jodoh itu telah pun ada.. Tapi apa yang merunsingkan.. Masih ada cinta antara dua hati tersebut?


Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah indah..

Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah sesuatu yang bertuah..


Ingin aku bertanya di sini..

Berapa ramai di sini sudah berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya?

Berapa ramai pasangan di sini yang bercinta selepas kahwin? ya. Tidak dinafikan memang ada seperti itu. Tapi berapa ramai? Dan sungguh beruntung orang yang berapa dalam golongan tersebut J

Bercinta itu juga tidak seharusnya berakhir dengan sebuah perkahwinan.. Sedangkan pencarian sebuah percintaan adalah perkahwinan.. Mengapa kita titik beratkan perkahwinan? Sedangkan berkahwin itu bukanlah pencariaan sebuah perhubungan.. Bukan tamatnya sebuah percintaan..

Kerana setiap perkahwinan adalah permulaan kisah hidup baru mencari kesempurnaan di antara dua hati yang halal mencari keredhaan Allah SWT menuju ke alam seterusnya.. Dan bukan bererti sudah tamat dan berakhirnya sebuah kehidupan..

Berapa banyak pasangan yang bercinta, dan berkahwin dan hancur musnah di tengah jalan.. Ada kalanya baru sahaja mendirikan rumahtangga namun musnah.. Ada yang sudah bertahun lamanya, musnah jua.. Bukankah mereka mereka jua bercinta sebelum berkahwin.. Dan berjanji sumpah setia.. Adakah cinta sudah pudar? Seiring dengan usia?

Menikahi seseorang yang kita ada perasaan cinta ada risiko yang amat besar di dalam kehidupan kita.. Kerana kita seolah mencuba dan mahu menilai sejauh mana kebenaran bercinta selepas kahwin itu indah.. Ya, amat besar risiko dan peranan yang ada memainkan watak yang amat penting sekali..
Aku mungkin tidak menikahi dengan seseorang yang aku cintai, namun berikanlah aku kekuatan untukku menyintai si dia yang telah menjadi halal bagiku

Sebuah perkahwinan bukanlah seperti kisah membeli baju di pasar malam.. Sebuah perkahwinan tidak boleh disamakan dengan kehidupan bujang dengan kekasih hati.. Perkahwinan ada sebuah ikatan janji antara dua jiwa, di mana akan bersama sama mengharungi suka dan duka di dalam mencari keredhaanNya..

Sebuah perkahwinan bukanlah dengan hanya mencuba dan putus dan mencuba lagi seperti hubungan bercinta dengan kekasih.. Perkahwinan itu benar, pasangan kamu jua benar, bila terjadi perkahwinan, tanggungjawap kamu akan bertambah..

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..

Bagi aku ... apa yang telah Allah swt tentukan itulah yang terbaik. Kerana Allah lebih tahu apa yang baik dan terbaik untuk setiap hambanya. Cinta sebelum nikah itu indah tetapi lagi indah jika kita bercinta selepas nikah kerana ketika itu kita telah pon berada di bawah payung keredhaan-Nya . Insha Allah .. Aamiin :)





siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Saturday 1 September 2012

31 Ogos 2012 .. Berakhirnya kisah cinta kita



Bismillahirrahmanirrahim ...
31 ogos 2012 .. Tamatnye kisah cinta kami .. yang indah akan ku jadikan kenangan dan yang duka akan ku jadikan pengajaran .. Cinta datang dan pergi tanpa diundang .. Pada satu masa dahulu dia datang , dan sekarang dah tiba masenye ia pergi :')  SELAMAT TINGGAL CINTA .. KENANG DAKU DALAM DOAMU ..



Mungkin cinta ini harus berakhir di sini
Rasa cinta ini tak bisa bertahan selamanya

Biarlah waktu
Yang kan menjawab semua
Hatiku ini bila tanpamu lagi

Kegagalan ini dan akhir dari semua
Perpisahan ini dan akhir dari segalanya
Biarkan waktu yang 'kan menjawab semua
Hatiku ini bila tanpamu lagi

Berat bebanku
Berat hatiku
Untuk melepaskanmu
Untuk merelakanmu
Pergi jauh tinggalkanku
Berat bebanku
Berat hatiku
Harus kehilanganmu
Tapi ku harus merelakanmu
Walau berat untukku




Kasih , mengertilah hatiku ini yang terluka .. Nantikan ku pintu syurga .. hanya air mata menjadi teman hidupku .. demi kebahagiaanmu kurelakan dikau pergi dariku ..




p/s : Walaupun berat untukku , ku merelakanmu . Mungkin ini yang terbaik untuk kau dan untuk aku .. Biarlah takdir Allah yang menemukan kita . 



siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Sunday 5 August 2012

Tuhan Tolong Jaga Dia




Tuhan ,
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya ,
Mungkin juga aku tidak indah di mata nya ,
Tolong , Jagakan dia untukku . .

Tuhan ,
Aku terlalu jauh untuk melihat dia ,
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia ,
Tapi dalam hati , Hanya KAU yang tahu , seberapa dekat dia di hati . .

Tuhan ,
Berikanlah dia kesihatan ,
Kurniakan lah dia kegembiraan ,
Agar aku juga turut senang melihat nya kelak , Andai KAU izinkan .

Tuhan ,
Dalam hati , hanya KAU yang mengerti ,
Rasa sakit , rasa rindu ,
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya muncul untuk dia . .

Tuhan ,
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia,
Kau pudarkan lah rasa ini , rasa yang ada dalam hati ,
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal  . .

Tuhan ,
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia ,
Kau pertemukanlah mereka segera , Dan bukalah mata hati ku
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya . .

Tuhan ,
Begitu sukar menahan perasaan ini ,
Perasaan yang terpaksa didiamkan , ditahankan ,
Sesak setiap kali memikirkan nya , Tapi apa lah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU


Tuhan ,
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki dia
KAU lindungilah dia , KAU jagalah dia untukku ,
Itu cukup buat aku rasa lega dan senang . .

Itu cukup buat aku bahagia untuk terus pergi dari hidupnya . KAU permudahkanlah urusannya , agar dia disenangi kelak , agar dia menjadi insan yang berguna untuk keluarga , agama , dan bangsa , agar aku bisa tersenyum melihat setiap kejayaan yang tercipta untuknya .
Itu cukup mengantikan perasaan sedih dan sakit yang aku tanggung .





siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Saturday 4 August 2012

Kelakarnya Suamiku Ni

Ehem .. Assalamualaikum .. Hah ? Ape ? Tajuk kat atas tu ? Oppss! hehe .. Takde kaitan ngan ana pon . . itu hanyalah tajuk yg nak ana cte pasal kisah cinta yang kelakar tapi romantik . Last2 jadinye Cinta ~ so sweet ~ hihi .

Kisahnye mcm ni :

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!
Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata.. 
”Lah..awat tak tanya…”
Eiii..geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..
“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”
Eiiii..geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..
Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..
Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..
“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”
Eiii…geramnya aku!!!
Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,
“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…
Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight….kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!
Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..
Suratnya berbunyi begini:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam ‘anak patung’..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi
Love,
Suamimu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : so sweet kan ? hihi . ana pon tringin jugak nk bakal suami ana sweet cmni . leh x ? hihi . btw, thanks sbb sudi membace cte yg penjang lebar ni . huhu ^^




Tinggalkan ulasan anda ^^

mY nOtE . .


pEsanAn kU ^^ ♥

byE byE ... (=^___^=)