Monday 31 December 2012

Cinta Selepas Nikah :) ♥






Orang berkata jika kita cintakan seseorang di dalam hidup kita dengan hati yang ikhlas, kita kan sanggup membahagiakan dia walau kita tidak hidup bersamanya..


"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi".

Dengan kata janji sebuah ikatan cinta, kita kan selalu membiarkan luka luka di dalam dakap dada demi melihat kebahagiaan seseorang yang kita cintai itu akan hidup dengan sempurna dan berbahagia.. Menyintai seseorang tidak seharusnya kita milikinya walau kita tidak bertepuk sebelah tangan.. Walau cinta kita berbalas, namun mungkin kerana beberapa hal, tiada jodoh antara kita dan dia.. Pasti kita akan cuba lepaskan si dia berbahagia..

Dan hal paling menyedihkan di dalam dunia percintaan, bila dua hati bersama sama, kenal erti cinta.. Mengharungi suka duka alam percintaan, namun di sebabkan tiada jodoh walau sekuat mana, sedalam mana ikatan cinta itu ada, pasti tiada jodoh.. Dan amat terasa kesedihan kerana tiada siapa mengerti akan peritnya cinta yang tidak mampu bersatu..

Dan bila adanya satu jodoh itu.. Di mana jodoh itu terjadi bukan kerana ada sifat cinta..Dan jua bukan kerana kasih sayang sesama dua hati.. Tapi kerana ketentuan dari takdirNya.. Dan jodoh itu telah pun ada.. Tapi apa yang merunsingkan.. Masih ada cinta antara dua hati tersebut?


Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah indah..

Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah sesuatu yang bertuah..


Ingin aku bertanya di sini..

Berapa ramai di sini sudah berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya?

Berapa ramai pasangan di sini yang bercinta selepas kahwin? ya. Tidak dinafikan memang ada seperti itu. Tapi berapa ramai? Dan sungguh beruntung orang yang berapa dalam golongan tersebut J

Bercinta itu juga tidak seharusnya berakhir dengan sebuah perkahwinan.. Sedangkan pencarian sebuah percintaan adalah perkahwinan.. Mengapa kita titik beratkan perkahwinan? Sedangkan berkahwin itu bukanlah pencariaan sebuah perhubungan.. Bukan tamatnya sebuah percintaan..

Kerana setiap perkahwinan adalah permulaan kisah hidup baru mencari kesempurnaan di antara dua hati yang halal mencari keredhaan Allah SWT menuju ke alam seterusnya.. Dan bukan bererti sudah tamat dan berakhirnya sebuah kehidupan..

Berapa banyak pasangan yang bercinta, dan berkahwin dan hancur musnah di tengah jalan.. Ada kalanya baru sahaja mendirikan rumahtangga namun musnah.. Ada yang sudah bertahun lamanya, musnah jua.. Bukankah mereka mereka jua bercinta sebelum berkahwin.. Dan berjanji sumpah setia.. Adakah cinta sudah pudar? Seiring dengan usia?

Menikahi seseorang yang kita ada perasaan cinta ada risiko yang amat besar di dalam kehidupan kita.. Kerana kita seolah mencuba dan mahu menilai sejauh mana kebenaran bercinta selepas kahwin itu indah.. Ya, amat besar risiko dan peranan yang ada memainkan watak yang amat penting sekali..
Aku mungkin tidak menikahi dengan seseorang yang aku cintai, namun berikanlah aku kekuatan untukku menyintai si dia yang telah menjadi halal bagiku

Sebuah perkahwinan bukanlah seperti kisah membeli baju di pasar malam.. Sebuah perkahwinan tidak boleh disamakan dengan kehidupan bujang dengan kekasih hati.. Perkahwinan ada sebuah ikatan janji antara dua jiwa, di mana akan bersama sama mengharungi suka dan duka di dalam mencari keredhaanNya..

Sebuah perkahwinan bukanlah dengan hanya mencuba dan putus dan mencuba lagi seperti hubungan bercinta dengan kekasih.. Perkahwinan itu benar, pasangan kamu jua benar, bila terjadi perkahwinan, tanggungjawap kamu akan bertambah..

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..

Bagi aku ... apa yang telah Allah swt tentukan itulah yang terbaik. Kerana Allah lebih tahu apa yang baik dan terbaik untuk setiap hambanya. Cinta sebelum nikah itu indah tetapi lagi indah jika kita bercinta selepas nikah kerana ketika itu kita telah pon berada di bawah payung keredhaan-Nya . Insha Allah .. Aamiin :)





siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Saturday 1 September 2012

31 Ogos 2012 .. Berakhirnya kisah cinta kita



Bismillahirrahmanirrahim ...
31 ogos 2012 .. Tamatnye kisah cinta kami .. yang indah akan ku jadikan kenangan dan yang duka akan ku jadikan pengajaran .. Cinta datang dan pergi tanpa diundang .. Pada satu masa dahulu dia datang , dan sekarang dah tiba masenye ia pergi :')  SELAMAT TINGGAL CINTA .. KENANG DAKU DALAM DOAMU ..



Mungkin cinta ini harus berakhir di sini
Rasa cinta ini tak bisa bertahan selamanya

Biarlah waktu
Yang kan menjawab semua
Hatiku ini bila tanpamu lagi

Kegagalan ini dan akhir dari semua
Perpisahan ini dan akhir dari segalanya
Biarkan waktu yang 'kan menjawab semua
Hatiku ini bila tanpamu lagi

Berat bebanku
Berat hatiku
Untuk melepaskanmu
Untuk merelakanmu
Pergi jauh tinggalkanku
Berat bebanku
Berat hatiku
Harus kehilanganmu
Tapi ku harus merelakanmu
Walau berat untukku




Kasih , mengertilah hatiku ini yang terluka .. Nantikan ku pintu syurga .. hanya air mata menjadi teman hidupku .. demi kebahagiaanmu kurelakan dikau pergi dariku ..




p/s : Walaupun berat untukku , ku merelakanmu . Mungkin ini yang terbaik untuk kau dan untuk aku .. Biarlah takdir Allah yang menemukan kita . 



siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Sunday 5 August 2012

Tuhan Tolong Jaga Dia




Tuhan ,
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya ,
Mungkin juga aku tidak indah di mata nya ,
Tolong , Jagakan dia untukku . .

Tuhan ,
Aku terlalu jauh untuk melihat dia ,
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia ,
Tapi dalam hati , Hanya KAU yang tahu , seberapa dekat dia di hati . .

Tuhan ,
Berikanlah dia kesihatan ,
Kurniakan lah dia kegembiraan ,
Agar aku juga turut senang melihat nya kelak , Andai KAU izinkan .

Tuhan ,
Dalam hati , hanya KAU yang mengerti ,
Rasa sakit , rasa rindu ,
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya muncul untuk dia . .

Tuhan ,
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia,
Kau pudarkan lah rasa ini , rasa yang ada dalam hati ,
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal  . .

Tuhan ,
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia ,
Kau pertemukanlah mereka segera , Dan bukalah mata hati ku
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya . .

Tuhan ,
Begitu sukar menahan perasaan ini ,
Perasaan yang terpaksa didiamkan , ditahankan ,
Sesak setiap kali memikirkan nya , Tapi apa lah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU


Tuhan ,
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki dia
KAU lindungilah dia , KAU jagalah dia untukku ,
Itu cukup buat aku rasa lega dan senang . .

Itu cukup buat aku bahagia untuk terus pergi dari hidupnya . KAU permudahkanlah urusannya , agar dia disenangi kelak , agar dia menjadi insan yang berguna untuk keluarga , agama , dan bangsa , agar aku bisa tersenyum melihat setiap kejayaan yang tercipta untuknya .
Itu cukup mengantikan perasaan sedih dan sakit yang aku tanggung .





siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Saturday 4 August 2012

Kelakarnya Suamiku Ni

Ehem .. Assalamualaikum .. Hah ? Ape ? Tajuk kat atas tu ? Oppss! hehe .. Takde kaitan ngan ana pon . . itu hanyalah tajuk yg nak ana cte pasal kisah cinta yang kelakar tapi romantik . Last2 jadinye Cinta ~ so sweet ~ hihi .

Kisahnye mcm ni :

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!
Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata.. 
”Lah..awat tak tanya…”
Eiii..geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..
“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”
Eiiii..geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..
Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..
Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..
“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”
Eiii…geramnya aku!!!
Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,
“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…
Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight….kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!
Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..
Suratnya berbunyi begini:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam ‘anak patung’..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi
Love,
Suamimu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : so sweet kan ? hihi . ana pon tringin jugak nk bakal suami ana sweet cmni . leh x ? hihi . btw, thanks sbb sudi membace cte yg penjang lebar ni . huhu ^^




Tinggalkan ulasan anda ^^

Wednesday 1 August 2012

bEnarkAH ciNta itU menYakiTkaN :(

Assalamualaikum w.b.t....

Entry kali ni ?????? emmmmm... bedal je laa.... hehe ^^"

okay ! begin !
Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang boleh menjelaskan maksud cinta yang sebenar . . .

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.


Saturday 28 July 2012

Apa Tersimpan Di Hati

Salahkah saya lau meminta sedikit pemahaman dari awak ? Kadang2 saya rasa kosong . Tak tahu ape yang ade kat dalam hati ni . Tapi saya cuba pujuk hati ni bahawa saya sentiasa ada Allah bersama2 saya. Ya .. Allahlah satu2nye peneman saya ketika saya gembira dan ketika air mata mengalir di pipi dalam diam . Mungkin saya banyak jugak cerita masalah saya kat kawan2 rapat . Tapi, jiwa saya masih tak tenang selagi saya tak bercerita kepada yang lebih memahami iaitu kekasih abadi saya ALLAH s.w.t .. hanya bersamaNya saya rasa tenang . Tapi, kadang2 saya teringin jugak nak cerita masalah saya kat awak . Walaupon mungkin masalah tu tidak dapat dislesaikan , sekurang2nya saya da ade seseorang yang bole menjadi bahu di saat diri ni sedang bersedih. Menjadi pembangkit semangat di saat diri ni jatuh . . . 


Namun, saya juga tidak bole menafikan bahawa awak juga banyak membantu saya. Membantu saya untuk cemerlang dalam pelajaran saya .. awak juga da banyak bagi nasihat2 yang berguna untuk saya di saat saya menghadapi kesulitan.. Thanks for everything awak :)


Awak .. saya tahu saya tak sebaik orang lain di luar sana untuk awak ... 
Mungkin saya juga tidak memahami awak sepenuhnya lagi walaupon perkenalan kita sudah mengambil masa lama ... 
Mungkin juga ada atau tiadanya saya di sisi awak tidak memberi apa2 kesan pon...


So, saya tak nak menjadi perempuan yang terhegeh2 kan lelaki. Saya bukan yang macam tu . Orang memberi saya menerima. Tapi, kalau orang tak bagi takkan saya nak ambik. Bukan ke tu di katakan hidung tak mancung pipi tersorong2. Lagi pon antara kita tidak HALAL lagi. Masih ada jarak antara kita. Mungkin salah kalau saya kata saya milik awak sedangkan sekarang saya hanya milik ALLAH dan kedua ibu bapa saya. Saya tidak sepatutnye menghalang awak mencari atau memilih wanita lain untuk awak jadikan peneman hidup awak yang halal. Sedangkan awak berhak. So, kalau awak baca bingkisan saya ni , saya dengan seikhlas hati ni memberi awak peluang untuk awak mencari yang terbaik untuk awak meskipon orang itu bukan saya. Ya ... saya akui .. mungkin sebelom ni saya lalai dalam perhubungan. Mungkin terleka dengan apa yang kita ada .. Tapi setelah mengenali awak , saya tahu dan saya faham bahawa cinta itu tak semestinya memiliki . Sayang saya mungkin untuk awak . Tapi CINTA saya hanyalah untuk bakal suami saya, yang bakal menjadi IMAM saya dan juga CINTA saya selepas ALLAH dan RASUL...  Saya akan tunggu CINTA itu yang mungkin akan datang 4 atau 5 tahun lagi .. atau mungkin 1 atau 2 tahun lagi. Di mana ALLAH telah menetapkan jodoh saya telah sampai... Tapi jika benar awaklah bakal imamnya, saya selalu berdoa supaya Allah dekatkan hati kita.. Tapi, jika sebaliknya, saya berdoa supaya Allah memberi kita pasangan yang baik untuk kita.




" Janganlah kamu ANGKUH mengatakan HATI INI MILIK SI DIA, sedangkan HATI INI MILIK YANG MAHA ESA" . . . 

*** Ramai pasangan yang berpisah kerana tidak cinta . . . Namun lebih ramai yang berpisah kerana terlalu cinta . . . Apabila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu kehilangan daya untuk bercinta sesamanya . . . Ia akan layu, kesepian dan keseorangan... Pertemuan adalah perpisahan . . . Tapi bila cinta hakiki, berpisah pon masih  bertemu ...


p/s : Jujur . . . saya rindu awak yang dulu   


siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Kita Tidak Pernah Dapat Memuaskan Hati Semua Orang

Assalamualaikum w.b.t. . .
Salam Ramadhan sume :)
emm ... rajin la plak ana mengupdate blog ye . hehe . bukan ape pon , saje nak kongsi2 rasa apa yang ada atau ape yang terpendam . blog ni la tempatnye . huhu :')


hurrmm . . . kita sebagai manusia biasa tidak pernah dapat memuaskan hati semua orang kan ? apa yang kita buat, apa yang kita cakap , apa yang kita rasa . . . sume tu takkan pernah dapat memuaskan ati sume orang. Kadang2 kte hanye mampu tersenyum je apabila sume tindak tanduk kte tidak memuaskan hati orang. Kadang2 tu jugak kte hanye mampu pujuk hati kte sendiri mengatakan bahawa orang tu mungkin ada sebabnya yang tersendiri kenapa dia sedemikian . Tapi tidak selalu kte bole wat cmtu sbb hati kte tidak bole tipu diri kte sendiri. Kadang2 kte bole rasakan apa yang orang lain fikir tentang kte. Ana pon cmtu jugak. sifat ana , ana hanye mampu pendam  selagi benda tu tidak harus ana luahkan. Tapi, kadang2 ana terpikir jugak , adakah tanda atau isyarat yang ana tunjuk kat seseorang tu tidak membawa apa2 maksud atau dia tidak faham atau sengaja tidak dimengertikan. hurmm . . .


Ana teringat kat satu kata-kata ni :


Kenapa pilih SEDIH jika ada GEMBIRA ...
Kenapa pilih DUKA jika ada SUKA ...
Kenapa pilih DERITA jika ada GEMBIRA ...


** jika HIDUP memberi 100 alasan untuk mengeluh, ingatlah ALLAH telah memberi alasan tak terhingga untuk bersyukur . . . Dan sedarilah .. kita mempunyai jutaan alasan tak terhingga untuk TERSENYUM :)




siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Thursday 26 July 2012

SOAL HATI . . .


Assalamualaikum sahabat-sahabat . .
Trime kasih skali lagi buat yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni.
entry kali ni sekadar meluahkan apa yang dirasakan oleh kebanyakan daripada kita. . iaitu SOAL HATI . .


Siapa yang tahu isi hati seseorang ? Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang ?  Bila kita lihat seseorang tersenyum apakah dia  benar-benar bahagia ?  Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? Adakah keadaan adalah seperti apa yang kita lihat?
HATI . . tidak ada seorang pon yang dapat meneka sedalam mana hati kita sendiri. Kadangkala kita sendiri tidak memahami apa yang ada di dalam hati kita. Apa yang kita lihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit, tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya yang kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlulah memperlihatkan seberapa bahagianya kita secara berlebihan kepada orang lain.  Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka tahu seberapa sakit yang menimpa kita sehingga kita berasa sedih.

"CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG KAMI DAN ALLAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG"

Apabila pada suatu saat hati kita begitu bahagia, seolah-seolah ingin tersenyum sepanjang saat. Ya, di situlah ada hati yang sangat berbunga-bunga kerana mendapat apa yang sangat diingini selama ini.


Tetapi kadang2 pada suatu saat kita ingin menangis kerana kesedihan yang ada di dalam hati, namun tidak ada siapa pun yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. Hanya Allah tempat kita kembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & hati yang lara. Hanya dengan mengingati Allah kita berusaha menenangkan hati ini. Dan pada saat itu jugalah tidak ada seorang pon yang memahami perasaan yang ada di dalam hati kita.
Subhanallah walhamdulillah walaa ilahhaillallah walluhuakbar walaahaulawalaquwwataillabillah ... rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali , menemani butiran air mata yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasulullah s.a.w : “ Perbanyakkanlah membaca Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah pengubat kepada 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a)

Hasbunallahu wa ni’mal  wakiil ni’mal maula mani’man nashir

Ya Rabb ..

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb . . Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu . Amin Allahumma Amin. . .






siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Tuesday 3 July 2012

~ Demi Waktu ~ T_T

Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya . Yang kini hadir  di antara kita . Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu yang selama ini temani hidupku  . . . .
Maafkan aku menduakan cintamu . Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya . . . Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu , MAAFKANLAH diriku sepenuh hatimu . . SEANDAINYA BILA KU BISA MEMILIH . . .

Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya , mungkin semua takkan seperti ini . . . Dirinya dan dirimu kini ada DI HATIKU , membawa aku dalam kehancuran  

*** dirimu dan dirinya kini ada di hatiku




siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Saturday 30 June 2012

Buat dia bakal imamku yang aku SAYANG kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim . . .
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian :)


da lama sgt asenye tak update blog ni ... xtau nak update ape . ni pon sebab kawan yg mintak utk update blog . huhu . ermmm .. nak cte ape ye . . . 


oke . update kali ini untuk Si Dia yang sangat istimewa di hati ni (jiwang la pulop) . HEHE .


Sayang dia hanya kerana Allah . InsyaAllah . aamiin :)


Duhai bakal imamku . . .
Jangan biarkan hadirmu sekejap mata . . 
Dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara . . .

Duhai bakal imamku . . .
Bimbinglah daku dalam mencari redha ilahi . . .
Janganlah dikau membimbing aku ke arah kemaksiatan . . .
Bimbinglah aku menjadi muslimah yang solehah . . .
Bukan menjadi wanita yang dimurkai oleh Allah s.w.t . . . 

Duhai bakal imamku. . .
Cintailah aku seadanya aku . . .
Terimalah segala kelemahan, kekurangan dan kelebihan ku dengan seikhlas hatimu . . .
Bimbinglah aku agar menjadi zaujah yang kau idam-idamkan . . .
Janganlah kau mengkritik segala kelemahan dan kekuranganku  . . .
Dan jangan pulalah kau mengagung-agungkan kelebihanku ..
Kerana takut kau tidak boleh menerima kelemahan dan kekuranganku . . .


Duhai bakal imamku . . .
Terimalah aku hanya kerana Allah  . . .
Kerana cintanya kau pada Ilahi . . .
Janganlah kau menerimaku hanya kerana nafsu semata-mata . . .
Kerana ianya hanyalah sementara . . .


Duhai bakal imamku  . . .
Bawalah aku ke rumah Allah . . .
Janganlah kau membawa diriku ini ke rumah yang penuh dengan kemaksiatan . . .


Duhai bakal imamku . . .
Selama tempoh perkenalan kita sebagai ajnabi ,
peliharalah hubungan ini dengan suasana yang penuh dengan keterbatasan . . .
Agar hidup dan pernikahan kita kelak sentiasa dalam rahmatnya . . .
INSYAALLAH .. AAMIIN :)

Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohkumaka jauhkanlahku daripadanya. ... Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah jika kami kekadang leka untuk mengingatiMu  ya Allah . . .




siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Saturday 21 April 2012

kuatkan lah dirimu dan imanmu dalam apa-apa keadaan sekali pon

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum w.b.t . .
Alhamdulillah .. malam ni diberi kesempatan olehNya untuk mengupdate blog ni . Dah lama rasenye blog ni  terbiar. Sampai byk yg berubah pon xtau . . . huhu .

Hurmm ... berfikir sejenak .. rupa-rupanya kehidupan di universiti ni lebih banyak cabarannye berbanding time sekolah dulu2 ye . Tp , mase kte sekolah dulu2 kita cakap sekolah tu memenatkan. Banyak exam la ape la .. Mengomel je keje kita kan . Padahal itu baru sebahagian daripada tugas kita sebagai manusia. Tak campur lagi yang lain-lainnye. Banyak lagi tanggungjawab kita kat atas bumi Allah yang indah ini . Allahuakbar :')

Sekarang apabila dah berpeluang k depan selangkah iaitu ke universiti , pon mengomel jugak . itu la ini la . assignment byk la .. hurmm .. ble kita ni nk puas n bersyukur dengan apa yang di berikan oleh Pencipta kita . Begitulah manusia kan termasuk diri ana sendiri . Biasa lah ana pon insan lemah n kadang2 tu apabila dah tak tahan ngan kerja yang terlalu banyak rase jugak nak mengomel n badmood . Tp time tu sama2 la kita Istighfar , ingat balik itu ujian daripada Allah s.w.t. Pencipta kita .. Kita hanyalah hamba Allah yang lemah dan mempunyai iman yang turun naik . Setiap masa kita memerlukanNya , jadi sentiasalah berdoa supaya ditetapkan iman kita olehNya :)

Apa sahaja yang kamu minta dalam doa dengan penuh kepercayaan, kamu akan menerimanya.

Semoga kita tidak penat untuk berdoa ye kawan2 :)
Kita kena yakin kita kuat. Allah s.w.t. hanya menguji hamba-hambaNya yang kuat sahaja. Dan itu tandanya Allah s.w.t. sayang kita. So, jgn lah berputus asa dalam setiap ujian yang kita hadapi walaupun kadang2 kita TERmahu putus ase . hehe ...

oke lah . Itu sahaja bingkisan untuk malam ini . sama2 lah kita renungkan dan ambik apa yang baik untuk kehidupan kita .. InsyaAllah kita akan menjadi muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah :)



~ Ukhuwah Fillah abadan abada (^_^)v ~



siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Saturday 17 March 2012

bangun ! bangun ! huhu ^_^v

Bismillahirahmanirrahim ...
Assalamualaikum w.b.t buat pembaca semua :)

ape kena mengena entry ni ngan tajuk kat atas tu ae ?? aku pon xtau . HAHA . LOL ==''

xde pe yang nk diceritakan . hanya ingin menaip sebelom tunggu utk solat subuh ni . huhu .


tp aku ade cite ckit kejadian sebentar td . oke . kita mula ngan aku bangun kul 3.45 td . kononnye nak p qiamullail la kat surau kat bawah tu . bangun mandi2 , siap2 dgn ati yg berkobar2 ( cehh.. ) .. then , aku sms kat kwn aku mira suh dia tunggu aku kat umah dia supaya kitorang leh turun skali . untuk dipendekkan cite aku pon p la umah dia . pastu kitorg nak naik lif . tekan butang lif xsmapai seminit intu lif tu pon terbuka . punye la kami terkejut lampu lam lif tu tertutup . al maklum la nak turun dingin2 ari ni , dengan keadaan gelap gelita , turun berdua lak tu , mcm2 la yg bermain d minda kan ? huhu . xde pape pon yg berlaku . juz kami terkejut jek la sbb hanye kami berdua je yg merayau2 kat ctu nk naik lif ttbe lampu tertutup . huhu .


oke . Lepas kami naik lif , smpai la kami kat bawah . nk p surau la kononnye ni . jalan la kami berdua ke surau . lepas tu tengok2 xde org pon kat surau tu . Aiikkk ! kata ade qiamullail tp, sorg pon xde cane nk qiamullail =='  kami pon tunggu punye tunggu xde org jugak . da la pintu surau tutup pastu ade la beberape pasang slipar org laki . may b ade org tido kat surau tu . kami pon naik la . buat ape lg kami berdua kat ctu dgn keadaan yang sunyi sepi kot . sume tgh di buai mimpi ~ jalan punye jalan tetibe bunyi kucing nk "gadoh" . punye la kami terkejut . cane xterkejut . cuba korg bygkan lam keadaan sunyi sepi then dgn suara kucing yg agak nyaring tu . menguji keberanian kami tu . fuhh ! semangat . kucing ni haaiii .. jentik jugak kang tlinga tu . huhu =='


Then , kami naik nak balik umah masing . kami decide utk qiamullail kat umah je la . smpai je umah , perut pon lapo , mencekik meggi 1 bungkus . haha . pada dingin hari mencekik meggi . ade org buat ke ?? HIHI :D


oke la . itu je yg dpt dibebelkan . HEHE . jap ag subuh . turun pulak kami jap ag ni . lau subuh pon xde org jugak xtau la . sabo jek la ~ =='


P/S : SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN . . pisst ! ^_^v



siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Friday 3 February 2012

ape2 pon aku bersyukur :)
glitter-graphics.com

Assalamualaikum all :)
glitter-graphics.com


hurmmm ..  3/2/2012 .. keputusan exam sem 1 kuar .
ape perasaan aku ?? sedih ? gembira ? kecewa ? emm .. sume ade .. 
aku hanya mampu bersyukur dengan ape yang aku dapat . Aku tak nak menjadi hamba Allah yang lemah dan tak bersyukur . 


Pasal keputusan aku dapat bape tu tak yah cite la kan . Hancur lebur sbb tak sampai target . Tapi aku bersyukur dgn ape yg aku dapat  kerana ade yang lagi sedih berbanding aku . Aku jadikan sume ni pengajaran yang berguna untuk aku untuk berusaha dgn lebih gigih lagi .


p/s : THANKS  wat sume yang bagi support kat aku . Love u all :')  Especially untuk AWAK . Thanks AWAK :')





-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

Tuesday 31 January 2012

Ampuni aku Ya Allah -_-
glitter-graphics.com



Ya Allah ..
Aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina .
ampuni lah dosa2ku ...
hanya kepadaMu ya Allah tempat hamba memohon dan meminta ..
tiada tempat lagi untuk hamba mengadu selain kepadaMu ya Allah ..
Mu Yang Maha Pendengar .. dan Pendengar setia hamba . .

Ya Allah ..
disaat aku menangis , tidak ada sesiapa yang tahu selainMu ..
hati kecil ini selalu berdoa supaya diri ini tidak lari dari landasanMu ya Allah ..

Ya Allah ya Rabb ..
sungguh banyak dosaku ini ..

tapi aku percaya mu yang Maha Pengampun ..

hamba tidak akan pernah berhenti untuk terus memohon keampunanMu..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ..
kasihi la hamba yang hina ini. .
sesungguhnya cintamu adalah cinta hakiki untuk hamba sebagai hambaMu..
sayangMu adalah sayang yang paling hamba nanti2 kan ..
layakkah diri ini ya Allah ..
dengarilah hamba ini ya Allah ..

Ya Allah ..
berikanlah yang terbaik buat kami hambaMu ini ya Allah ..
dan ikhlaskan lah hatiku ini untuk menerima apa2 shj takdirMu ..
Lembutkanlah hati ini . .
Redhailah hambaMu yang kerdil, lemah lagi hina ini ya Allah ..

Ameen Ya Rabb al 'ameen -_-





siLa-siLa lah kOmen yE .. i'll aPpreciAte iT ! :)

mY nOtE . .


pEsanAn kU ^^ ♥

byE byE ... (=^___^=)