Friday 6 May 2011

cOrEtan timE bOsan ^_^'

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat Sejahtera..


Hari Jumaat yang sangat indah ! hehe...
buat pengetahuan pembaca semua hari Jumaat adalah hari yg sgt istimewa sehingga ia dinobatkan sebagai penghulu segala hari dalam seminggu. Dan aku rasa b'tuah sbb aku jg dilahirkan pd hari jumaat ^^, hehe.... back to the topic, hee~ Kita wajar meraikan kehadiran hari Jumaat pada setiap minggu dengan melakukan amalan2 sunat seperti pesanan Rasulullah s.a.w... Antaranya ialah :-

1st - Mandi
Bagi kita penduduk di Malaysia, mandi merupakan perkara rutin yg kita lakukan pada setiap hari. Namun, utk pengetahuan korg, mandi boleh menjadi amalan soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Allah s.w.t. Contohnya , ialah mandi pada hari Jumaat dgn maksud memenuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dgn sabda baginda yg bermaksud :
"Apabila datangnya kepada kamu, maka mandilah"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2nd - Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.
Buat pengetahuan korg jgk, hari Jumaat jg merupakan hari raya bg minggu tersebut. Jadi, kita disunatkan menghiaskan diri dgn kadar yg dibenarkan oleh syarak dgn memakai pakaian yg baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah yg bermaksud :
"Sesiapa yg mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yg paling baik, memakai bauan yg ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah Tengkuk org lain, solat seperti mana yg telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semua itu akan menghapuskan semua dosa yg dilakukannya dlm tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim).

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat sesuai dgn sabda Rsulullah yg bermaksud :
"Pakailah pakaian yg kamu yg berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yg paling baik dan kafankanlah orang2 yg telah meninggal dunia dalam kalangan kamu dgnnya."

3rd - Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama.Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

4th - Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)

5th - Memperbanyakkan Doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita,di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita.Sehubungan itu,kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini.Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,
"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).

6th - Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Pada hari Jumaat,kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

Wallahu A'lam... ^^


p/s : sama2 lah kita m'amalkan perkara sunat ini t'utamanya pada hari Jumaat.. Mohon maaf lau coretan aku ini ada slah dan silapnya ^^, 
 Love u all damn much ...

No comments:

Post a Comment

mY nOtE . .


pEsanAn kU ^^ ♥

byE byE ... (=^___^=)